Hawa.....
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibubapamu,
Andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
Andai engkau ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa.....
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa, janji Tuhan kita,
"wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik".
Jangan dimulakan sebuah pertemuan
dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman
maka tercetusnya salam dan sekaligus
disusuli dengan pertemuan seterusnya
dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa.....
Lelaki yang baik tida melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki.
Tetapi , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan
dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana
dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan
lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan....
oleh itu,
hawa,
jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu,
kuatkanlah pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah cinta Allah memenuhi dan menyinari
kekosongan jiwamu,
biarlah cinta ibua bapamu yang memberi hangat kebahagian
buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik
serta keluarga yang membahagiakanmu.....
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana
kau akan memperolehi cinta daripada insan yang
juga mencintai Allah.
Cintilah ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta
yang bahagia selain dari cinta keluarga......
JANGANLAH SESEKALI TANGAN
YANG MENGGONCANG DUNIA JUGA
YANG MENGGONCANG IMAN LELAKI....
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment