Pages

Vote for 'Aishah Jauhara

Fatrah PRK

Dalam fatrah Musim PRK ni macam-macam yang berlaku. Tengah sibuk-sibuk macam ni la, time kerja tu nak bertambah. Assignment, Project, Grand Marriage Convest, NESt Conference tambah lagi dengan ambik 8 course sem ni. Alhamdulillah walaupun sibuk sampai kadang-kadang tak sempat nak makan, tapi saya satisfied, atleast saya yakin time saya luangkan ni tak dibazirkan untuk buat perkara-perkara yang lagha.

Ada beberapa juga orang bertanya  “kenapa tak bertanding?” Saya tersenyum & saya bacakan mafhum hadith ini : “Sesiapa yang menghendaki jawatan, sedang jamaah tidak meredainya, maka ia tidak akan ditolongi Allah dalam mengatasi masalahnya, dan sesiapa yang menerima jawatan sedang jamaah mengharapkannya, maka Allah akan membantunya dalam segala urusannya ”. Jawatan & amanah bukan untuk diminta-minta, itu prinsip saya.

Keluar Mengundi

Saya menyeru sahabat-sahabat, senior &junior serta seluruh mahasiswa UIAM untuk turun mengundi pada hari selasa minggu depan, 25 September. Peratusan mengundi pada PRK yang lepas sangat mengecewakan, di Kuliyah ekonomi hanya sekitar 65%. Tak kisahlah nak undi siapa, yang penting kita turun untuk mengundi mereka yang kita percaya mampu memegang jawatan ni dengan penuh amanah.

apa beza kita sebagai mahasiswa yang disebut-sebut sebagai golongan intellek kalau kita sendiri sama seperti masyarakat umum yang juga tidak mengundi dalam Pilihanraya Umum. Takde beza. Kat mana maruah kita sebagai Mahasiswa Islam UIAM bila mana peratusan mengundi di UIA jauh lebih rendah dari Universiti-universiti yang lain. Saya harap ada perubahan tahun ini.

PRK kali ini

Untuk PRK tahun ni saya mengambil keputusan untuk menolong salah seorang komiti biro Welfare, EMSS, Siti 'Aishah Jauhara. Sebatch dulu kat Nilai (batch 09), Cuma saya first intake beliau second intake. Lebih mengenali beliau bila sama-sama bergerak dalam  talk ‘Analysis Budget:2012’, Beliau menjadi assistant saya sebagai Assistant programme manager. Melalui program tu, saya yakin beliau merupakan seorang yang responsible untuk memegang amanah, Seorang yang saya yakin mampu untuk melaksanakan tugas yang diberikan dan yang paling penting , saya yakin beliau mampu untuk menyelesaikan pelbagai issue berkaitan dengan welfare sister di kuliyah ekonomi secara spesifiknya, InsyaAllah.




Siti 'Aishah Jauhara Surtahman

Bachelor of Economics
3rd Year 1st Sem
Bangi, Selangor

Educational Background:
#SRI ABIM, Sg. Ramal Dalam, Kajang (1997-2002)
#SMK Jalan Tiga, B. B. Bangi (2003)
#SM Imtiaz Dungun, Terengganu (2003-2007)
#Darul Quran JAKIM, K. Kubu Bharu (2008-2009)
#CFS IIUM (2009-2010)
#IIUM Gombak (2010-now)

Achievement/Experience/Position:
#APM for International Women Convention CONVEST'12
#Secretary of Baktisiswa Organized by EMSS & BACC '12
#Financial Controller for Welfare Secretariat EMSS 11/12
#Facilitator for KENMS' Tahsinul Quran Class 2011
#APM for Talk on Budget Analysis 2012
#Financial Controller for Gen-Y Camp, Organized by Ma'ruf Club
#Panelist in Grand Students' Forum "Ramadhan Aku Datang" Organized by IRKHSS
#Vice Secretary of Intellectual Quranic Generation Club (IQRac) DQ-UIAM 08/09
#Vice President MPP SM Imtiaz Dungun 06-07

Hana

Just satu cerita pendek sempena kempen ‘Biah Solehah’ kat Uia Nilai. Minx jangan dinilai cara penulisan (sebab ana bukan penulis), Tapi Muhasabah kembali nilai2 yang cuba disampaikan. Masalah cinta remaja antara masalah utama dalam membentuk Biah solehah. Kat mana2 , masalah sama. Moga tulisan yang tak seberapa ni dapat menukar sedikit sebanyak paradigm kita tentang cinta

* * * * *

Kisah 1

(breeeet….breeeeet) Phone Hana berirama. Lantas ditekannya punat open. (mesej dari Fakrul)


‘Andai aku Fahri,


pastinya sudah kutemu Aisyahku disini,


Andai aku Banna,


Kuyakin Elya Khadijaku setia menanti disana,


Andai aku Umar,


Hati ini senantiasa miliknya Khazinatul Asrar,


Namun Aku adalah aku, Dia masih dia


Mawar berduri mekar, subur di taman larangan


Justeru aku tetap menunggu,


ilham dari yang maha Satu, Andai dikau milikku


Lalu andai aku Aidil, dirimu Alia di hatiku (mode Nur kasih)


(Hana, ana sayang nti kerana Allah) ’


Mesej itu ditutup, dengan senyuman bahagia yang tiada siapa pun dapat merasa kecuali dirinya. Bahagia, tak mampu untuk disebut bagaimana, tapi rasanya indah, terlalu indah untuk diterjemah dalam bentuk kata. Kini hana mampu untuk terus senyum kerana baginya dia sudah bertemu jejaka pilihan, dipilih Allah untuk dirinya. Kini juga dia tidak perlu risau sebagaimana risaunya muslimah lain dalam menanti kunjungan seorang lelaki bernama suami dalam hidup nanti kerana dia jelas begitu pasti suatu hari nanti dia akan sah menjadi milik Fakhrul.

Punat mesej ditekan, diakhiri dengan button send


‘Thanks Edy

(Hana juga sayang nta kerana Allah) ’


Namanya Farhana, Farhana binti Zulkifly. Lebih manja dengan panggilan Hana. Mahasiswa tahun kedua di Pusat Pengajian Tinggi Islam Antarabangsa. Berketurunan Cina, namun telah lama menetap di bumi Malaysia ini. Malah ayah serta ibunya juga sudah menetap di Negara ini sejak dia kecil lagi. Mengambil jurusan ekonomi dan sains pengurusan, kos pengajian yang telah lama dia idamkan selama ini. Ekonomi terlalu special di hatinya. Kata orang ekonomi itu complex


* * * * *


(6petang)


Hana khuyu’ membaca buku ‘100 years economy in future’ tulisan George Friedman. Sebuah buku yang mengajak pembacanya berfikir sejenak tentang apa yang akan berlaku 100 tahun akan datang secara umumnya. Melalui analisa, kajian, & pandangan yang dilontarkan, Hana Kagum dengan penulis barat tersebut. Kesungguhannya dalam kajian, Bukti2 yang disertakan seolah-olah mereka ini adalah Khalifah Allah yang sedang mencorak peradaban dunia & melirik pemikiran manusia kearah satu hijrah yang lebih baik.


‘nama seorang muslim sepatutnya tercatat sebagai penulis di belakang ni’ keluhnya. Dia kecewa & tertanya seketika, di mana Ibnu Sina zaman kini, di mana ibnu khaldun, di mana al kawarizmi ?...... Sunyi tanpa jawapan pastinya. Dia berhenti seketika. Lalu dengan kudrat & Semangat yang ada, lantas dia mengubat kecewanya dengan sebuah kata ‘ Dunia, saksikan satu hari nanti namaku akan tercatit di balik buku hebat seperti ini & menjadi tatapan seluruh manusia’ , ‘ ya, aku akan sambung legasi Aisyah radiallahu anhu ’ azamnya satu hari nanti.


‘Hana jom main Badminton, Syila ada sekali tu’ Tegur Adila dari belakang, terkejut juga Hana dibuatnya

‘ tak nak lah , ada assignment sikit ini’

‘hurm, kau kalau aku ajak bersukan sikit, banyak lah alasan tu. Hana kau tak leh macam ni, kau kene bersukan jugak, tak kan nak 24 jam baca buku, buat assignment je. Tak sihat tu.’ Dua2 diam seketika ‘Turun erk, aku tunggu kat gelanggang’ Dila mengalah

(Hana senyum, dila pula berlalu pergi dengan harapannya menggunung tinggi)


Di waktu2 begini, Hana lebih suka menghabiskan masa petangnya membaca buku.ya membaca membuka mindanya untuk lebih jauh meneroka dunia. Bukan dia tak nak bersenam, tapi sedari dulu dia tak pernah suka untuk bersukan. Sepertimana seseorang tak suka untuk baca buku, begitulah dia tidak suka untuk bersenam. Dia juga pantang masa lenggang seperti ini diguna untuk tidur. Katanya ‘Abi marah kalau tidur petang, otak jadi lembab. Macam mana diri nak maju? ’. Abi panggilan untuk ayahnya.


Dia berhenti seketika dari membaca, merenung ke luar jendela. Terus-terusan membaca tak boleh lama, elok berhenti sementara, bagi mata berehat. Pandangannya beralih ke almari kecik bukunya. Banyak, padat, penuh dengan kepelbagaian buku yang ada, buku agama, akademik, novel, & sebagainya. Dia bukan stereotip pastinya yang hanya membaca satu jenis buku sahaja. Matanya lebih tertarik kepada buku pemberian Fakrul antaranya, Cinta Islamik, Psikologi Cinta dan ayat-ayat cinta. Ya, buku cinta semuanya, pemberian Fakrul tanda ikhlas dia mengharap cinta.


Fakrul seungkap nama yang amat istimewa di lubuk hatinya. Seorang jejaka yang berjaya melenturkan egonya seketika dulu di sekolah Menegah Islam Klang (SMIK). Mereka sama2 menuntut di sekolah tersebut sedari tingkatan 1 hingga 5 sebelum dua2 melanjutkan pengajian di universiti yang sama. Seperti pelajar sekolah agama yang lain, pada mulanya Hana cukup anti pabila berbicara tentang cinta di kalangan remaja, baginya cinta di waktu remaja itu dusta, Sia2.


Namun setelah kehadiran kata2 cinta fakrul, sedikit sebanyak, dia mula goyah. Awalnya, kata2 tersebut , Hana tidak balas. Katanya, cinta remaja menjerumus manusia untuk berzina sedang tuhan berfirman ‘ dan janganlah kamu mendekati ZINA ’. Justeru andai cinta menyebabkan remaja berzina, lalu haram bercinta. Namun Fakhrul bijak bermain kata, katanya niatnya ikhlas untuk mengambil Hana sebagai isteri satu hari nanti, malah katanya bermesej sahaja tidak mendekati zina, apatah lagi mempraktikkannya. Andai bermesej niatnya untuk menyampaikan firmanya, merapatkan ukhuwah, berdakwah, bertanya khabar, apa yang berdosa? Berdosanya bila message itu melalaikan & disalah guna.


Kata2 Fakrul ada benarnya pada pemikirannya. Dia mula dapat menerima apa yang dikatakan sebagai Cinta Islamik atau lebih dikenali sebagai Cinta ‘Ana Nti’, konon cinta yang dibenarkan dalam islam. Sehingga kini, cinta mereka sudah berusia 2 tahun. Hampir setahun juga Fakhrul cuba meyakinkanya tentang hakikat cinta sebenar “cinta dalam Islam”. Dengan tempoh satu tahun itu juga, Fakrul Berjaya merobohkan kepercayaan yang dibina Hana selama 5 tahun di Sekolah agama dahulu.


Hana sejak tadi masih termenung. Lamunannya jauh meninggalkan jasadnya yang masih berbumi di situ, Kaku.


‘HANA!!!’ Sergah Dila dari belakang. Hana terkejut

‘Astaghfirullah.. YA ALLAH Dila, nasib baik aku tak ada darah tinggi. Kalau tak, boleh mati terkejut ni’

‘ops Sorry2. Kenapa tak turun tadi, nasib baik main badminton perlu 2 orang je. Kalau 3 , memang tak main la jawabnya kami tunggu kau ni.’ Dila merajuk.

‘tak sedap badan lah. hmmm takpe esok aku turun erk’

‘okeih janji erk’ Dila tersenyum, bukan senang nak ajak Hana bersukan

(Hana senyum)


* * * * *


Meeting biro tarbiyah mahallah malam itu berakhir awal tak seperti selalu. Sebelum pulang ke bilik masing-masing seperti biasa Zunairah mengajak Hana untuk menemannya singgah di café sebentar mengisi tekaknya yang kering. Mengendalikan meeting selama hampir satu jam setengah pastinya menuntutnya untuk berbicara lebih dari yang lain, Lebih2 lagi beliau sangat menitik beratkan jawatan yang dipegang.


Katanya ‘ jawatan ini amanah & amanah ini berat. Andai ada seorang pelajar di mahallah ini yang jatuh tersungkur dalam lembah maksiat, lalu di akhirat kelak dia berkata bahawa tiada siapa yang mahu mengajaknya untuk mendekati Islam & memang betul kita tak menjalankan amanah kita sebagai biro tarbiyah. Justeru pada waktu itu mungkin ana lah orang pertama yang akan mengiringinya ke neraka. Nauzubillah.’ (Tanggungjawab itu berat & akan dipertanggungjawabkan nanti di akhirat)


Hana & Zunairah seperti biasa memesan Horlicks ais. Katanya Milo & Nescafe boikot, produk keluaran syarikat US yang cenderung menyokong Israel. Dalam menjamah air Horlicks yang masih sejuk, meja mereka dilanggar seorang budak lelaki kecil, anak pemilik café tersebut. Habis tumpah air Horlicks ke jubah milik Hana, basah dibuatnya. Budak tersebut sempat lari , sebelum sepatah kata pun menerpa telinga mereka


‘sabar Hana. Ujian dari Allah’ dalam menolong Hana membersihkan jubahnya, Zunairah pastinya perasan , bilamana raut wajah Hana bertukar kemerah-merahan. Mana tidaknya, itu jubah pemberian Fakrul!!.

‘Astagfirullah hal Azim. Ana pergi basuh kejap’ Kata Hana. Sabar, dia masih rasional.


Dalam menanti Hana membasuh tudungnya, Zunairah terpandang phone milik Hana. Redberry , jenis phone yang diidam-idamkan hampir seluruh mahasiswa & mahasiswi. Ya, ia phone mahal & menjadi lambang kemegahan buat pemiliknya. Tapi tidak bagi Zunairah , phone Kokia 1100 pemberian ayahnya cukuplah baginya walau sudah hampir 4 tahun digunakan. Katanya ‘ buat apa beli phone mahal2, kalau nak guna untuk hantar mesej & call je.. Membazir ’. Zunairah membelek-belek redberry tersebut. Keinginannya untuk mengexplore lebih tentang phone ‘mahal’ itu tinggi. Ditekannya button menu. Dia kekok, tidak biasa dan tak tahu bagaimana. Ditekannya button menu kali kedua. folder message terbuka. Ditekannya lagi menu button. Folder inbox terbuka. Mata Zunairah terpana dengan puluhan malah mungkin ratusan mesej seorang lelaki yang berada dalam inboxnya. Fakrul nama itu. Dibukanya mesej pertama


‘ Dinikahi wanita itu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya & kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan

(Maka rugilah ana andai satu hari nanti, ana kehilangan nti’ mesej 2

‘ Salam Hana =) Dah baca ma’thurat belum? Moga Allah permudahkan segala urusan’ mesej 3

‘Hana walau apa terjadi, ana tetap sayang nti kerana Allah?’ mesej 4


Tak sanggup lagi rasanya Zunairah menatap mesej2 seterusnya. Lantas ditutupnya application tersebut. Dia kecewa pastinya. Remuk jiwanya bagai dia pula yang seakan hilang dari rahmat ilahi sedang sahabatnya sebenar yang sedang sesat dalam mencari cinta insani.


‘Alhamdulillah horlicks ni warna cream, kalau merah, bertukar warna jubah ana’ Hana kembali setelah 5 minit membasuh jubahnya yang berwarna cream. Zunairah sejak tadi sudah memesan air baru untuk Hana.


Zunairah memulakan kata setelah lama berdiam ‘Hana boleh ana Tanya sesuatu?’

‘Hurm, tanyalah’

‘Apa hubungan nti dengan Fakrul’ Zunairah memulakan kata

‘Mana anti kenal Fakrul’ Hana terkejut

(Zunairah memulangkan Redberrynya) ‘ hurm, apa hubungannya’

‘erk, kawan kelas je’

‘kawan je sampai bersayang!!.’ (Hana diam membisu, pastinya dia malu)

“nti ni ahli biro tarbiyah , kawan yang ana sangat percaya. Pastinya anti tahu serba serbi tentang hukum agama. Mana boleh berhubung dengan muslimin tanpa urusan, Haram hukumnya!!’

‘tapi kami tak buat dosa pun, kami bermesej je, bukan keluar pun’ Hana membela diri


‘Tapi bermesej tu membuka peluang untuk syaitan merosakkan anak adam. Mesej tu menimbulkan rindu, membibitkan sayang. Lantas akan ada langkah seterusnya untuk keluar dating & sebagainya. Kalau bukan hari ni, esok. Kalau tak esok, lusa. Hana, kita Manusia, kita tak boleh lari dari nafsu. Mencegah nafsu lebih baik dari mengubati. Mencegah bermesej tu lebih senang dari nak mengubati penyakit rindu. Bahaya!!.’

‘Tapi kami bermesej untuk saling ingat mengingati, hantar hadis & ayat qur’an, ingatkan dah solat ke belum. Itu kan untuk mencari mardotillah. Itupun salah ke?’ Hana masih tidak berpuas hati

‘Matlamat tak menghalakan cara Hana. Matlamat dah bagus dah. Tapi caranya tak syara’. Syara’ ke setiap mesej yang nti dapat menambah rindu nti kepada dia, sedang dia masih seorang lelaki ajnabi!!. Syara’ ke dia panggil nti sebagai sayang sedang dia belum pasti milik nti!!. Syara’ ke dia hantar mesej yang tak perlu bilamana nti dengan dia tak ada satu ikatan yang sah!!’

‘CUKUP!! Ana tak nak dengar lagi…………… ana tak nak kehilangan dia!!’ Hana berlalu pergi berlari anak. Hatinya sebak.

‘Astagrifullahal A’zim……. Mungkin aku terlalu kasar tadi. Caraku pula mungkin tak sesuai.. ini khilafku’ Zunairah sedikit menyesal


* * * * *


Hana menghempas pintu biliknya. Geram, sakit hati dengan perlakuan Zunairah tadi. Baginya Zunairah cuba untuk memisahkannya dari Fakrul. Dia kini dikuasai emosi sepenuhnya. Marah, Benci, sedih menjadi satu.


‘Kenapa Hana, kau gaduh dengan Fakrul ke’ tanya Dila hairan. Dalam ribuan mahasiswa di kampus, Hanya Dila seorang sahaja yang mengetahui tentang cinta Hana dan Fakrul. Dila kawan baik & paling dipercayai Hana. Hana menceritakan satu persatu kejadian tadi.


‘Istighfar Hana’ Dila tak mahu Hana terlalu mengikut emosi

‘Dila, dosa ke aku bercinta dengan Fakrul. Aku tak buat apa2 pun. Mesej je.’ Hana hiba

‘tak dosa tapi tak elok’ Dila berlapik,

‘Salah ke aku bercinta, sedang cinta itu fitrah. Salah ke aku ingin disayangi & menyayangi’ Manik-manik air mata mula turun.

‘Tak salah Hana bercinta, tapi mungkin caranya tak 100% mengikut syarak’ Dila memeluk Hana

‘aku just tak nak kehilangan dia je Dila. aku sayang dia sangat. Aku takut, kalau aku dah tak mesej dia, aku akan kehilangan dia’ Esak-esak tagisan kian kuat kedengaran ‘tapi kata2 Zunairah ada betulnya. Aku berdosa Dila, Berdosa!!’ air matanya makin deras membasahi pipinya. Pelukan Dila makin erat. Dia faham situasi Hana kerana dia juga pernah merasainya satu ketika dulu.

‘Sepanjang aku bercinta dengan Fakrul hati aku sentiasa kosong. Bahagia bila sms menerpa, bahagia bila ada yang jaga, adakah bahagia ini menuju aku ke neraka? Dalam tangis, Hana terus berbicara

‘Allah jauh dari aku Dila. Kata bercinta kerana Allah, tapi Allah tak ada dalam hati.Aku pening Dila. Aku juga tak nak kehilangan Fakrul’


‘Hana carilah Cinta Allah terlebih dahulu, moga dengannya kau akan peroleh cinta manusia yang juga mencintai Allah. Hana, kalau kau cintakan seseorang kau kene lepaskannya pergi. Andai dia milik kau , Insya Allah dia akan datang kemudiannya dengan khabar gembira. Tapi andai dia bukan milik kau, gembiralah kerana dia sedang bahagia & saat itu kebahagiaan tak mampu dirasa kalau kau serta dia bersama. Ingat Hana, Bercinta ialah tentang melepaskannya bukan mengongkong bawah telunjuk kita.

‘Dila aku nak buat apa ni’

‘Hana kalau kau betul tak nak kehilangan dia, apa kata kau minx Fakhrul masuk meminang’

(Hana masih diam, Sendunya masih kedengaran)

‘Tapi Fakrul mesti tak setuju. Dia pernah kata dulu, dia nak focus belajar’

‘Tu dah jelas, kalau nak tumpu belajar dulu, tak yah bercinta’

‘Tapi dia juga tak nak kehilangan aku’

‘Fakrul kenalah memilih. kan tak ada istilah cinta Islamik. cepat type mesej kat Fakhrul’ Dila memaksa Hana

‘Aku tak bersedia lagi’

‘Bila lagi Hana?’

‘Esok lusa mungkin’

‘Hurm, Hana.. Erk esok ada forum Pemilik Cintaku. Mungkin forum tu dapat memberi kekuatan kepada kau. Kita datang erk’

(Hana mampu untuk senyum saja)


* * * * *


Hana & dila sudah berada di tempat program setengah jam sebelum bermula . Sebelum itu, Hana sempat menunaikan solat sunat hajat mohon dibuka pintu hatinya & diberi kekuatan menetapkan pendiriannya. Masjid Uia menjadi bukti betapa kesungguhan Hana dalam mengharapkan Cinta Allah mekar subur kembali dalam taman hatinya. Air matanya deras kembali mengalir, menyesal atas dosa2 yang dilakukan. Lalu ditadahkan tangan mendoa


‘Ya Allah, Hambamu yang hina ini datang mengharapkan pengampunanmu, Ampunkanlah segala dosaku ya Allah. Dosa2 ku menggunung tinggi, apakah masih ada tempat di syurga untuk insan seperti aku. Atau apakah aku ini hanya layak untuk menghuni nerakamu atas kekhilafan diri ini. Nauzubillah. Ya Allah, Ampunkan dosaku


Ya Allah, Taman hati ini pernah dikotori dengan cinta lelaki yang masih tidak

halal bagi diri ini. Hati ini pernah dikotori dalam kelalaian dengan mengingati cinta lelaki melebihi cinta akan diriMu. Hati ini kotor ya Allah. Apakah layak hati yang kotor ini diterima hamba2Mu yang juga mencintaiMu. Apakah layak Hati yang kotor ini mengharapkan cintaMu


Ya Allah, Apakah masih ada tersisa pengampunan bagiku atas dosa ini. Apakah layak insan seperti aku meraih pengampunan dariMu setelah dosa yang telah kulakukan.’


Bahu hana dipegang Dila dari belakang. Air matanya masih kelihatan mengalir. Jelas kelihatan Betapa dia takut andai Insan seperti dia sudah tiada tempat untuk meraih cinta ilahi. Mendengar setiap bait Doa Hana sebentar tadi, dila begitu sebak. Lantas dipeluknya Hana & dibisikkan sebuah hadis qudsi ke telinga Hana


“Jika seorang hamba Allah mendekat sejengkal maka Allah akan satu depak, jika kita sedepak maka Allah satu hasta, kalau kita berjalan ke arah Allah maka Allah akan memburu hambaNya dengan berlari-lari kecil. Setiap insan berhak meraih cinta ilahi” Suara Dila kedengaran teresak, Hana hanya mampu tersenyum berharap dirinya diampunkan Allah


Forum pemilik cintaku berjalan lancar sekali. Hana & dila sangat teruja dengan kepetahan Fatimah syarha berbicara, Mutiara kata yang dititipkan begitu berguna dan menyentuh hati setiap yang datang pada hari itu. Hati mereka terasa diisi dengan kasih sayang Allah yang dialirkan melalui ceramah yang diberikan. Ruang auditorium kelihatan penuh dengan tiada kerusi dibiar kosong. Populariti Fatimah syarha begitu menyerlah dalam kalangan pelajar Uia.


Forum Fatimah syarha tamat pada pukul 11malam setelah 2 jam berlalu. Pelajar perempuan mengambil peluang untk bersalam dengan ikon remaja tersebut, Hana & Dila juga tidak ketinggalan. Saat bersalam, Fatimah syarha sempat berbisik ke telinga Hana ‘ terus mencari cinta Allah, Moga nanti bertemu dengan insan yang juga mencintai Allah’ katanya diakhiri dengan sebuah senyuman. Hana begitu kuat untuk memutuskan apa yang telah dimulai bersama Fakrul. Hatinya begitu haus dengan cinta Ilahi. & sebelum itu, cinta fakrul harus dibuang keluar dari hatinya dahulu.


* * * * *


‘ bismillahirrahmanirrahim, kerana sayangkan anta & ada sekelumit perasaan takutkan allah, Ana sudah bersedia untuk menjadi milik nta setidak-tidaknya untuk menjadi tunangan anta, itupun ana sudah cukup bahagia. Ana sudah tidak mampu hidup sebegini, berhubungan tanpa ikatan yang sah. Ana mohon anta untuk memilih sama ada hantar pinangan atau kita putus’ (message sent)


Selang beberapa minit mesej Fakrul bersua ‘Maaf Hana ana tak mampu untuk memilih. Ana tak mampu untuk hantar rombongan meminang kerana ana belum bersedia. Juga ana tak mampu untuk berhenti mesej kerana ana tak ingin kehilangan nti. Tak salah mesej andai ikhlas kerana Allah. Hana jujurnya ana tak mampu hidup tanpa nti’


‘Itu keputusan nta?’ (message sent)


‘ya. percayalah Ana sayang nti selamanya kerana Allah’ (messagr received)


‘Justeru ini keputusan ana, kita berhenti message. Ana dah tak mampu untuk hidup dalam sandiwara ini lagi. Andai ada jodoh, insya Allah bersatu. Carilah cinta tuhan nta dahulu, semoga cinta kita disatukan kemudiannya. Ana pergi untuk mencari cinta tuhan yang ana pernah tinggal dahulu. Assalamua’laikum.’ ( message sent)


Phone dimatikan, sim card dikeluarkan. Hana tekad untuk tidak berpatah balik. Langkah ini langkah Mujahidah. Langkah Aisyahnya sudah bermula.


‘aku tinggalkan cinta ‘ana nti’ kerana aku cari cinta ilahi’ kata tamatnya

Krisis Mesir

Krisis Mesir

Krisis kat Mesir dah masuk hari ke sebelas (5/2). Tapi Jujurnya ana masih tak nampak jalan penyelesaian dalam menangani krisis ni. Hosni Mubarak masih bertegas tidak akan meletakkan jawatannya sebagai presiden demi katanya memenuhi amanah rakyat yang dimenangi pada pilihanraya yang lepas. Rakyat juga bertegas tidak akan berhenti dari menuntut Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Gerakan Intifada ni sehingga semalam telah mengorbankan 100 nyawa , beribu pula yang cedera (syahid lebih layak). Kebangkitan rakyat membebaskan negara untuk membina semula negara, negara yang bebas.

Sehingga semalam juga , ana pasti ada antara kita yang masih tidak mengerti apa sebenarnya yang berlaku di sana (kisah pak cik itu) Demontrasi, rusuhan, itu mungkin sahaja jawapan mereka (seperti yang tertulis di dada akhbar). Kasar, tak demokratik, ganas itu mungkin pandangan antara kita tentang rakyat disana. Padahal kita tak mengerti bagaimana rasa hidup di bawah pemimpin diktator, merasai tingginya jurang inflasi dalam kemelesetan ekonomi, yang kaya makin kaya, miskin terus-terusan miskin. Harga barang naik, gaji tak pula naik. Kebebasan suara disekat, kritik kerajaan sikit masuk lokap, rakyat hidup sengsara. Sungguh, terlalu banyak untuk dinyatakan satu persatu.

Sabda Rasulullah "Bukan dari kalangan kami, mereka yang tiada mengambil hirau urusan muslim". Ana harap kita terus peka dengan apa yang sedang berlaku kat Mesir. Ambil tahu perkembangan terkini & khabarkan kat kawan2 tentang apa sebenarnya yang berlaku di sana. Mereka saudara kita, kalau bukan kita yang concern akan mereka, siapa lagi?

Dalam kekalutan di sana, ana resah menanti perkhabaran pelajar Malaysia di Mesir. Diberitahu terdapat 11,319 pelajar Malaysia di sana (5184 pelajar bidang perubatan, 6135 pelajar bidang pengajian islam). Satu jumlah yang banyak, cukup banyak untuk sesebuah negara mencari jalan penyelesaiannya. Kaherah, Iskandariah, Mansurah, masih dalam bahaya, pecah rumah. Zagazig, tanta masih aman, menunggu masa sahaja.

Alhamdulillah, dikhabarkan kerajaan melalui kementerian pertahanan sudah beberapa hari memulakan operasi mengeluarkan pelajar Malaysia ke negara jiran, Jeddah, Arab saudi Sebelum di bawa pulang ke tanah air (link). Operasi bermula pada 2 Februari dan dijangka tamat pada 7 Februari , dengan kapasiti satu hari 2 ribu pelajar. Lewat, lambat & sebagainya, kita tolak ketepi dulu., janji semua pelajar selamat. Sabar ikhwah & akhawat kat sana, moga Allah selamatkan antum semua. Anda asset negara tidak kira bidang apa anda ambil & ana percaya kerajaan sedang menjaga asset ini sebagaimana perihatin kerajaan menjaga asset yang lain.

Kronologi

25 Jan : Rakyat Mesir mula turun ke jalan, 30 ditahan
26 Jan : Hari ke-2, 500 ditahan, 3 mati terbunuh dalam pertempuran. Twitter di block
27 jan : Jumlah ditahan meningkat ke 1200, jumlah kematian pula 6 orang
28 jan : Kemudahan internet & SMS terjejas
29 jan : Askar ambil alih
30 jan : Keadaan makin aman, ramai yang turun ke jalan
31 jan : 250 000 berkumpul di Tahrir square
1 Feb : Hosni Mubarak menegaskan , dia tidak kan mengadakan semula pilihanraya & tidak akan meletakkan jawatan
2 Feb : Dijangka lebih sejuta Mesir telah berkumpul di Tahrir Square
3 Feb : Pro-Mubarak vs Pro-Democratic
4 Feb : 'Day of departure'

Kenapa di Malasia pula Berdemo?

Kadang tertanya kenapa rakyat Malaysia pula berdemo? itukan negara Mesir, apa kaitannya dengan Malaysia? Kenapa kita pulak nak Hosni Mubarak letak jawatan?

Pertamanya, demontrasi jumaat lepas adalah bertujuan untuk kita beritahu kat rakyat Mesir dalam jutaan rakyat Malaysia, masih ada ribuan yang ambil berat akan mereka. Keduanya, demontasi selama 10 di Mesir dengan limitasi makanan, penat & sebagainya sedikit sebanyak meruntun semagat mereka. Tapi , andai mereka tahu masih ada sekelompok kumpulan di setiap negara di serata dunia yang menyokong mereka, insya Allah kepenatan itu akan hilang & dengan izin Allah kita akan dapat lihat satu revolusi. Ketiga, kita nak Bagitahu Mubarak, bukan rakyat Mesir je tak suka dia, rakyat Malaysia pun sama atas sebab kezaliman yang telah dilakukan. Keempat, rakyat Mesir & rakyat Malaysia majoritinya muslim, justeru kita bersaudara. "Bukan dari kalangan Kami, mereka yang tiada mengambil hirau urusan muslimin". Takkan nak ambil tahu urusan saudara kita yang lain dengan baca surat khabar, minum air teh dan kata Oh sahaja

Kini

Revolusi ini datang mungkin berabad sekali. Sekali terlepas , mungkin kita takkan mampu lihat daulah islamiyyah terbentuk di sana (buat dekad ini setidaknya). Buat apa yang termampu. Moga Allah beri kemenangan kepada orang mukmin. Selepas Tunisia, mesir, kini negara2 arab sedang menyusul, Jordan, Yemen , Algeria kami menanti.

Info..

1) englsih.aljazeera.net
2) krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com
3) ikramkulim.blogspot.com
4) google 'krisis Mesir'

Link

Related Posts with Thumbnails