( 4 Februari 2010, Jumaat, 2.15 petang. ‘Himpunan aman bersama kebangkitan rakyat mesir’. Mesej jelas, desak Mubarak turun. Dalam menunggu Himpunan untuk bergerak ke destinasi, kami disapa mesra oleh seorang pakcik)
Intro
Pakcik : Apa yang mereka buat?
Kamil : Hari ni ada demo pakcik, kami nak nyatakan sokongan kami kat rakyat Mesir terusnya desak Mubarak letak jawatan sebagai Presiden
Pakcik : kamu ni main ikut2 ke atau memang nak pergi demontrasi ni
Kamil : Kami memang nak pergi sebab kami faham situasi
Pakcik : Betul?
Kamil : (senyum)
Pakcik : Pakcik tak faham lah, kenapa kene guna kekerasan untuk nyatakan pendirian?
Ayman : Habis pak cik rakyat mesir nak guna cara apa lagi? Pilihanraya tak boleh dah, Nasihat? Tak dan dah.
Pakcik : Mana boleh kita nak paksa Mubarak tu turun (sambil menunjuk kea rah poster ‘down,down,down Mubarak’) Dia dipilih oleh rakyat. Lagipun apa kaitan kita dengan Mesir hingga kita nak paksa Mubarak turun.
Ayman : Kalau dia memerintah sebab rakyat pilih dia, so sekarang dia kene berhenti sebab rakyat dah tak nak dia. Pakcik. orang Mesir tu majoriti Muslim, kita juga Muslim , kan da kaitan tu. Nabi bersabda“Bukan dari kalangan kami, mereka yang tiada mengambil hirau urusan muslimin”.
Siapa yang ganas?
Pakcik : Pakcik tak setuju la demo2 ni. Kasar , ganas.
Ayman : Demonstrasi tak pernah ganas, pakcik. Saya boleh jamin demontrasi ni tak kan bertukar ganas selagi mana polis tak bertindak ganas. Kami berhimpun dengan aman pakcik untuk nyatakan pendirian kami.
Ayman : Begitu juga dengan rakyat Mesir, pakcik. Waktu hari pertama demontrasi, memang ganas dengan pertempuran polis dan protester. But then after army take over, x ada pulak dengar tentera perang dengan protester. Tu menunjukkan rakyat mesir memang nak berhimpun dengan aman. Tapi, lepas pro-Mubarak datang, kita tengok jadi ganas balik, so sekarang siapa sebenarnya yang ganas?
Pakcik : (termenung)
Ikut Waqi’
Pakcik : Pakcik ni orang Singapore & hidup senang. pak cik belajar tinggi , anak ada 2 orang dan dua2 belajar tinggi. Rumah pak cik hampir habis dibayar & gaji pak cik kalau convert ke duit Malaysia RM15000. Kita ada banyak medium yang kita boleh gunakan untuk nyatakan bantahan, bukan demonstrasi sahaja. Pak cik tak paham kenapa kene buat demo2?
Ayman : setiap government treat citizen masing2 in many different ways, and that makes people act differently. Kalau kat Singapore mungkin rakyat just nyatakan pendirian di akhbar / sebagainya & government respond. But in Mesir, Government tak dengar cakap rakyat malah rakyat ditindas dengan teruk. Cara tak leh sama pak cik (kene ikut waqi’). Pak cik dah biasa hidup kat Singapore, tak leh nak guna cara yang sama kat tempat lain.
Ayman : Tengok apa yang berlaku di Jepun, PM nya letak jawatan after dikritik teruk oleh rakyat. Ini dia mentaliti kelas pertama yang saya respect. Yang tak ada kat Mubarak
Ayman : pak cik kalau kita soroti sejarah Islam tu sendiri, bila mana empayar Umaiyah diperintah oleh pemimpin yang tak adil, Rakyat memberontak. Nak nasihat dah tak dan dah. Rakyat bangkit, then terjatuhnya Umaiyah, bangkitnya Abasiyyah. Islam kembali tenang untuk ratusan tahun berikutnya, then ketika Abasiyyah diperintah pemimpin yang zalim, rakyat tolak, naiknya Uthmaniyyah. Perkara ni berlaku dalam sejarah, kalau dah pilihanraya tak boleh, nasihat dah tak makan, apa lagi cara yang mereka ada selain desak pemerintah turun?
Tak ikut….
Pak cik : Apa yang pak cik cakap adalah pendirian pak cik. Ini apa yang pak cik faham lah
Ayman : Saya cakap ni pun atas pendirian saya
Ayman : Okeylah pak cik dah nak gerak (sambil salam)
Pak cik : (senyum sambil beredar , tak ikut kami)
(sekurang-kurangnya aku sudah jelaskan apa yang mereka mahu diperjelaskan & aku satisfied. Pakcik tu cukup sopan, dalam tidak puas hati, dia masih mampu untuk senyum & ketawa, moga berubah paradigmanya )
No comments:
Post a Comment