Pages

Biawak , mereka dan aku


ANAK BIAWAK ITU

anak biawak itu sendirian , seperti jua aku , keseorangan. Aku tatap lagi dirinya dari jauh. Sendiri ia membawa diri , melangkah lemah entah ke mana, aku pun tidak tahu. Dari jauh juga, aku memahami isi hatinya. Sunyi, pastinya.... Dirinya memerlukan teman untuk berbicara dan untuk meluahkan rasa. Itu fitrah , sebagaimana bulan dan matahari, malam dan siang, saling melengkapi. Fitrahnya memerlukan pasangan buat peneman menongkah arus hidup yang panjang

Aku pasti , anak biawak tersebut punyai sebab yang kukuh kenapa ia masih sendirian tatkala yang lain sudah berteman. Sebagai manusia, jujurnya aku tidak pahami bahasanya, namun gerak badan dan lelahnya sudah cukup memadai, memberiku tanda bahawa ia patuh suruhan yang maha esa “ dan Janganlah kamu menghampiri zina”. Sebagai anak biawak yang masih kecil, aku pasti masih banyak perkara yang perlu ia pelajari sebelum ia mampu berkeluarga, seperti saja makhluk tuhan yang lain. Lalu , aku jua pasti, bahawa dia mengerti hubungan sebelum pernikahan itu haram hukumnya. Justeru sendirian menahan diri dan nafsu, adalah pilihannya, walau sungguh ia perit...

Aku berkalih, tidak sanggup lagi melihat penderitaannya. Pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi meraih cinta yang esa. Sungguh , aku kagum.... Seketika aku malu, malu dengan gelagat segelintir insan, sibuk meraih cinta manusia, Sedang cinta tuhan belum nyata.....



Examination period (Yang lepas)

6 minggu yang lalu, mereka berlima. Bertenggek di salah satu penjuru jambatan itu, tersusun satu persatu. Pada kiraan aku, mereka masih lagi baru , menetas kira-kira seminggu sebelum itu. Melalui hari-hari peperiksaan sewaktu ‘examination period’ ketika itu sungguh meninggalkan sedikit sebanyak tekanan dalam diri siapa sahaja bernama mahasiswa. 2 minggu terasa bagai sebulan, malah mungkin setahun.

Bersama2 Hasbullah & Fian Mursyidi Melalui jambatan itu sewaktu pagi menuju ke library dan petang pulang ke mahallah , sungguh kami tenang bila dapat melihat anak2 biawak tersebut. Raut wajah mereka masih suci, memancarkan isi hati mereka yang masih belum dikotori dek dosa-dosa dunia. Tangan dan kaki mereka masih bersih, Bersih dari debu-debu dosa. Mata mereka masih putih, belum terdedah akan kehidupan dunia yang banyaknya menipu mata.

Sungguh aku rasa hina bila mana melihat mereka. Dosaku semakin hari makin bertambah. Lalu berbanding mereka , aku pasti jatuh jauh dalam graph itu. Sedang mereka masih lagi di point itu, point of origin

Krisis Identiti

Hari itu, aku cari lagi kelibat mereka seusai pulang dari library. Mereka berlima di tempat sama, namun kali ini, gelagat mereka aneh bagi aku. Mereka seakan berdiri , tangan mereka pula diletak atas simen jambatan, duduk memerhati gelagat manusia berulang alik menggunakan jambatan tersebut yang menghubungkan kuliyyah irk dan kuliyyah ekonomi. Ia berdiri hairan melihat tingkah laku manusia. Ya, ia haiwan sedangkan kami manusia. Masih banyak perlu ia pelajari tentang kehidupan kami yang jauh berbeza dari kehidupan mereka.

‘Proses empirical’ luahku. Ia sedang menjalani satu proses pembelajaran menerusi pemerhatian. Memerhati gelagat manusia di situ. Inkuiri haiwannya tinggi, ingin mengetahui lebih tentang hakikat dunia kami. Ia melihat, manusia berjalan, menaiki basikal , tidak kurang juga yang berlari anak. ‘Terlewat agaknya’ getusku.

Namun, semakin lama, aku menyedari, ada sesuatu yang lebih menghairankan mereka tentang kehidupan manusia. Mereka Pening, pada tanggapanku. Pening dengan gelagat Khalifah Allah itu. Lelaki dan perempuan jalan seiringan. Ia lihat mereka mesra dalam percakapan, malah sekali sekala senyum dan tawa menghiasi bibir2 mereka sepanjang menelusuri jambatan itu. Aku pasti ia mengerti, HARAM hukumnya lelaki dan perempuan Berbual/bersembang TANPA URUSAN, apatah lagi bergelak tawa . Bawaklah berapa ribu sebagai peneman, hukumnya tetap HARAM melainkan ADA URUSAN antara arrijal dan annisa tersebut. Aku tersenyum. Ingin aku katakan inilah ‘umat akhir zaman’. Keluhnya dalam meniti krisis identiti dapat aku rasa, “ muslimat itu bukan milikmu” bisik ia tanpa suara.

Pandangan ia beralih setelah sekian lama. Ia terus memerhati sekian ramai manusia yang berulang alik. Hairannya bertandang lagi bila melihat muslimat2 di situ. Sungguh aku percaya , jika ia mengiakan cantiknya muslimat2 itu bertudung, menutup rambutnya dari pandangan lelaki ajnabi menjadi khazanah terpelihara buat sang suami nanti. Namun bertudung saja tidak cukup bila mana pakaian mereka ketat, menampakkan setiap lekuk susuk tubuh badan. Aku pasti anak biawak itu tertanya-tanya, tidak takutkah mereka akan amaran Baginda:

Ada dua golongan dari penduduk Neraka yang keduanya belum pernah aku lihat, pertama: satu kaum yang memiliki cemeti-cemeti seperti ekor sapi yang dengannya mereka memukul manusia. Kedua: para wanita yang berpakaian tapi telanjang……...........”.

Aku pasti, ia dan mereka juga mengerti bahawa ‘berpakaian ketat’ mereka itu seolah-oleh “berpakaian tapi telanjang” sepertimana diterang dalam hadis nabi tersebut (link1)/(link2). Aku senyum lagi..... ‘kamu akan mengerti suatu hari nanti’.

Andai ia dicipta tuhan sebagai manusia seperti aku, pastinya ia juga mengimpikan seorang muslimah solehah, yang pakaiannya labuh sebagaimana firman Allah (33:59), Mantap imannya bila diuji cinta lelaki, Yakin hatinya dengan janji ilahi, Cekal jiwanya melawan nafsu sendiri. Aku pasti ia juga mengharapkan insan sehebat khazinatul asrar, karektor Fatimah syarha : dalam kelembutan tegasnya menjadi bentengan, dalam keayuan cintanya hanya untuk tuhan, dalam kesibukan islam tidak pernah ditinggalkan. Apakah masih ada muslimah seperti itu, di zaman millennium ni? Getusnya sendirian. Aku katakan “ya tentunya masih ada”




Kadang ia sedih & tertanya , adakah mereka ini khalifah Allah, “khair ummah” dalam kalangan manusia yang dikatakan dalam al-Qur’an, sungguh ia lihat islam mereka hanya sekadar pada nama. Tidak dipraktik dalam kehidupan seharian. Justeru apa makna mereka menjadi wakil Allah, andai mereka lupa tujuan mereka dihidupkan. Apakah mereka lupa kata azimat tuhannya (Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia MELAINKAN untuk beribadat kepadaku)..................

Badan anak biawak itu digerak sedikit ke bawah. Menyelesakan badan, yang mungkin lenguh. Wajahnya tak berubah dari tadi. Aku pasti masih banyak lagi persoalan yang tak putus2 bertandang. Mungkin, ia masih lagi mencari erti hidup, mencari tujuan hidup di atas muka bumi ini. Adakah ia hanya dicipta untuk menjadi tontonan manusia atau untuk mengisi ecosystem yang sedia ada? Allah lebih mengetahui... Perlahan-lahan aku lihat mereka berlima kembali masuk ke dalam sarang mereka. Penat..... penat melayan minda terbatas mereka tentang hakikat dunia jua hakikat manusia. Lalu, Aku jua pulang.

Hari ini

Letih melayani memori lalu. Aku rindu untuk bertemu mereka semula, 5 anak2 biawak. Kini tinggal satu. Dari tadi ia berada di tempat yang sama, menguis-nguis tanah. Kadang bertukar tempat, mengisi kekosongan waktu yang ada. Lalu aku tinggalkan ia bersama soalan-soalan lampau. Apa yang ku tahu, tugasku disini untuk menuntut ilmu, Dan aku dijalan ini….…….









No comments:

Link

Related Posts with Thumbnails