Dah hampir setahun rasanya, blog ni terbiar & menyepi. Kosong, tu mungkin jawapannya. Kadang iri jugak melihat sahabat yang tulisannya terus-menerus dilimpah idea & kelapangan masa. Setahun, mungkin belum masanya untuk aku. Sepanjang tu jugaklah minat aku untuk menutur kata, luntur. Susah rasanya untuk menyusun kata, malas dan sebagainya. Kali terakhir meng‘update’ blog, second sem di Nilai. Kini, second sem di Gombak baru mulai, sekurang-kurangnya tulisan ini untuk memenuhi blog ni untuk setahun akan datang.
Indah
Setelah mengharungi hidup selama sem pertama di bumi Uia gombak, rasa manis hidup sebagai mahasiswa telah aku kecapi. Indah & sukar untuk dikhabarkan. Berada di satu tempat dimana tiada orang untuk mengawal hidup anda sangat best. Tapi lebih best & bahagia kalau anda dapat mengawal hidup anda dimana tiada orang boleh berbuat demikian. Terasa nikmat bila kita sendiri yang berusaha untuk bangun subuh atas usaha sendiri tatkala orang lain masih lena, terasa nikmat bila kita sendiri yang berusaha untuk menjauhi perkara2 lango, tatkala orang lain leka dengan permainan dunia, juga terasa nikmat bila kita sendiri yang berusaha untuk score dalam study tatkala tak ada orang pun ambik tahu sama ada kita belajar atau tidak. Tak terkata.
Hidup disini pula sedikit sebanyak mengajar aku tentang mengurus diri. Di sini aku terpaksa uruskan diri sendiri, jadual hidup, kewangan diri, dan sebagainya. Terasa seronok bila kita dapat merancang jadual harian sendiri, diisi dengan aktiviti & jauh dari kelangoan. Paginya dimulai dengan bacaan ma’thurat, solat sunat dhuha sebelum ke kelas, petangnya, riadhah@ berfutsal bersama sahabat2 demi merapatkan ukhuwah. Malam diisi pula dengan assignment & menghadiri ta’lim (majlis ilmu). Seronok bila menjadi mastermind dalam membina strategi jadual diri. Moga kita istiqamah..
Takut
Sebagai insan biasa,justeru aku takut. Takut andai aku sendiri tersungkur jatuh lalu leka dengan kehidupan dunia. Hidup dalam dunia palsu , mengejar apa yang dinamakan kebahagiaan, namun kelam hanya dilewati. Justeru , aku lihat mereka mencari lagi kebahagian, disisi insan bernama hawa. Konon bahagia tatkala sms menerpa, konon bahagia tatkala bersua muka, konon bahagia bila ada yang jaga. Bahagia mereka itu bagi aku neraka. Bahagia sementara. Justeru membuka peluang syaitan untuk merosakkan anak adam. Mula2 sms, lepas tu bertemu, berpegang & akhirnya gugur 2 orang lagi anak adam.
Pohon didoakan agar diri & sahabat2 sentiasa istiqamah sepanjang melalui jalan ini.
Subjek
Memasuki second sem ni, tentunya menuntut aku untuk lebih berusaha dalam study. Susah , tu mungkin first impression tentang subjek2 sem ni. Well, itu fakta. & aku mulai masuk gear seterusnya dan pastinya ‘susah’ itu bukan penghalang aku. Menjadi aku, pelajar biasa menuntut aku supaya rajin. Kegagalan sem pertama insya allah tak akan aku ulangi, pastinya aku xakan jatuh tempat yang sama kali ini. Namun , syukur juga kerana masih dalam dean list lagi. Subject sem ni:
1)Managerial Accounting fundamental
2)Foundation of Islamic economic
3)Intermediate accounting
4)Business mathematic
5)Macroeconomic
6)Civilazation
Moga allah permudahkan..
Promote
Alhamdulillah dengan diberi sedikit kekuatan, kami pelajar Foundation uia, Nilai (2009/2010) telah mewujudkan sebuah blog yang kami beri nama usrahonline-uia.blogspot.com untuk tatapan umum. Namun pastinya blog tersebut juga kami bina untuk kami juga agar hati2 kami sentiasa bermuhasabah kembali setiap hari. Jemput datang..


2 comments:
bahagia mereka juga neraka buat aku..
kerna mereka menerakakan hidup bakal ank2 mereka.
salam ziarah..moga istiqamah :)
doakan ana sip..
akhir2 ni, asyik futur,
rasa lemah..
Harap ana terus kuat
jazakallah ziarah..
Post a Comment