Pages

Kini . . .

Salam.. Dah lama tak update rasanya, berhabuk habis. Mungkin ruang ni akan disita akan datang. Amat sibuk, involve dengan program SPIES (sekali je), membersih kawasan rumah ni yang sentiasa ada je orang buat sepah, organize mini library kat rumah ni yang tak tersusun dengan kepelbagaian buku. Terbaru, involve dalam program lanjutan SPIES. Insya Allah bersama Abu Dzar, Syed & Kamil.

Alhamdulillah, rasanya semua rakan-rakan secaliph dah dapat keputusan UPU. Ramai yang dapat kat UIA, UM, UITM. Amat kecewa bila seorang sahabat tolak tawaran untuk masuk UIAM (program ekonomi & Sains pengurusan). Tapi syukur bila beliau dapat tawaran yang lebih baik : masuk Darul Quran. Apalah makna 3 tahun untuk menghafal al-qur'an dan menuntut ilmuNya? Tak termakna dan terlalu berharga. aku pula kini berada di dua persimpangan ini :

1) Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia
NAMA -
MUHAMMAD AYMAN BIN A YAZID

PROGRAM PENGAJAN -
PROGRAM SATU TAHUN
KURSUS -
M003 -PERAKAUNAN
NAMA KOLEJ -
55-KOLEJ MARA K.NERANG
TARIKH MENDAFTAR -
11 Mei 2009
YURAN MENDAFTAR -
RM212.00

2) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
KOD PROGRAM -
Y0200
NAMA PROGRAM -
Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan

IPTA
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Setelah bermusyawarah dengan keluarga, akhirnya UIAM dipilih. Dua-dua bagus. Setelah dibuat sedikit research,
1) Matrikulasi tu dah lama beroperasi (awal 1990), kira insya allah ramai tenaga pengajar yang mahir, in fact matrik tu under MARA. Lepas tu, ada sesetengah perkara yang disupport (dibiasiswakan) oleh pihak matrik
2) UIAM pulak adalah impian sejak form1 lagi dan pendorong untuk belajar lepas kegagalan dalam UPSR. Mungkin juga kerana terlalu sedikit senior ILMI yang berjaya masuk UIA (ramai masuk KUIS). Mungkin ada yang akan kata tak bercita-cita tinggi sebab nak masuk UIA. Tapi ni lah yang diharapkan dari dulu. jarak UIA dengan rumah juga tidaklah begitu jauh. Bahasa Arab penghalang untuk berjaya? TAK dan Insya allah tak kan mungkin itu penyebabnya.

(Seronok, sekali dengan Auzaie, Aizat, Hasif, Rafiq dan lain-lain AKAN ke sini selepas matrik)

* * * * *

Bila berbicara tentang STAM, Darul Qur'an, Al-Azhar. Nama-nama mereka dikagumi. Sedih kerana dasar kepercayaan ini tak sekuat mereka. Hakikatnya aku percaya mendalami bidang Agama ini wajib lantaran senario umat ini yang ketandusan & haus akan tarbiyah. Tapi soalan ini pula sering berlengar "Apakah aku akan survive kalau ambil jurusan agama" . Soalan ini pernah diutarakan kepada sahabat dan ibunda. jawapan tetap sama "Kau tak percaya kat Allah ke? Allah yang bagi rezeki!" pedih.

Ketika Soalan ini diputarkan pada ibunda. jawapannya "rezeki tu allah yang bagi, ambil accounting pun belum tentu boleh jadi akauntan. Silap-silap jadi kerani akaun je. Kepercayaan tu kena betul dulu. Tapi kalau ambil agama pun, belum tentu sesuai dengan ayman. Ayman confident ke bagi ceramah? (aku geleng). Katalah semua orang (yang sefikrah) nak ambil atau wajib ambil jurusan agama, habis kerja akauntan, doktor semua tu siapa nak buat? Allah dah susun semuanya. Nak jadi akauntan boleh, tapi jadi akauntan yang beriman. Yang penting istikharah"

Jawapan yang membuatkan aku sedikit lega. Tapi Bila meneliti sejarah kegemilangan islam, aku dapati tokoh-tokoh gemilang seperti Ibnu Sina, yang hebat dalam ilmu perubatan, ilmu astronomi, dan ilmu-ilmu lain, mulanya dengan mendalami ilmu agama & menghafal qur'an. Semua ada pendapat masing-masing. Walau apapun, agama ini akan terus aku dalami, dakwah ini akan terus aku sambungi, maut fi sabilillah jihad ini insya allah diakhiri.......

Bila teringat kembali, respect betul pada pak cik Dashuki (bapa kepada Rashid). Even as Engineer, Tapi bila bagi tazkeera juga hebat..... muhasabah buat diri...

2 comments:

ijalceritera said...

Seorang lagi Alumni masuk matriks. Ganbaryo dan selalulah bertawakal kepada Allah. Emas tidak datang begitu sahaja kerana ianya perlu dikorek terlebih dahulu.

Tok Li said...

Assalamualaikum, UIA dah dekat benar dgn Tok Li. Boleh datang layari internet PERCUMA di Restoran Tok Li.

Link

Related Posts with Thumbnails